FIRST TIME AKU TENGOK ORANG CINA SAMBUT JENAAZAH DI LIANG LAHAD Sepanjang hari ini aku agak terharu satu benda apabila kami menerima...
FIRST TIME AKU TENGOK ORANG CINA SAMBUT JENAAZAH DI LIANG LAHAD
Sepanjang hari ini aku agak terharu satu benda apabila kami menerima
satu kes kemaatian warga emas yang mualaf.. Saat aku sampai di bilik
maayat, aku dapati ada beberapa waris bangsa cina yang sedang menunggu..
Kebiasaan kes mualaf jarang ada waris yang prihatin untuk ambil tahu
akan pengurusan jenaazah bagi kerabatnya yang maati dalam keadaan sudah
memeluk islam.
Bila aku tanya kepada beberapa waris ini, rupanya mereka adalah
anak-anak si maati. okay dalam fikiran aku waktu itu, inilah masanya aku
hendak sebarkan dakwah kepada non muslim melalui fardu kifayah dengan
cara kita mempamerkan kaedah, tatatertib dalam menguruskan jenaazah
secara islam.
Selepas bersembang bersama waris rwah, aku dengan sahabat aku yang
bernama Seman Qadri Al Burtuqoli terus mengajak untuk membuat pengecaman
maayat ayahnya.

Apabila sudah dibuka helaian kain di muka rwah, aku pun apa lagi
terus mengajak boleh la u all stanby ambil glove kita mandikan sama-sama
rwah ayah ya.. semua anak-anak angkat tangan tanda menolak disebabkan
perasaan mereka terlalu kuat dan sebak atas pemergian rwah…so aku
sebenarnya bab urus maayat ini bila ramai-ramai mudah sikit jika nak
membolak balikkan body maayat. Jadi kami berdua pun mandikan la si rwah
macam biasa..kami masih tak mampu lawan sifu kami Ustaz Muhammad
Rafieudin Zainal Rasidyang jenis bermain dengan maayat sorang-sorang
je.. bagi la maayat jenis apa pun beliau boleh main bersama dengan
maayat itu macam kawan dia sendiri.
Selepas siap di mandikan dan dikafankan, aku pun panggil waris mualaf
ini. Sebelum kami menutup si rwah, aku suruh lah si waris kucup si rwah
tetapi mereka menolak . Tapi aku cakap la kat dorang, “bapak you ni
sangat mudah kami uruskan, manyak ringgan, manyak mudah ma. you taw ka
saya sudah pakaikan baju terakhir dan wangian yang harum untuk bapak you
sehabis baik” ini masa you boleh cium bapak you boss. selepas dorang
kata takpa dengan tanda menolak aku pun mula la menutup kafan secara
keseluruhannya..

selepas solat jenaazah, aku bawa jenaazah ke tanah perkuuburan islam
USJ. Antara waris nya yang follow naik van maayat ini adalah anak sulong
lelaki rwah. Ketika dalam perjalanan yang memakan masa hampir 30 minit
lebih, aku macam biasa akan pasang ayat suci al quran. Dan ketika dalam
perjalanan tersebut bermulalah episod soal jawab yang mungkin agak
menarik sehinggakan aku berasa bangga dengan keindahan islam.
Dalam perbualan dengan waris rwah ini, aku perhatikan cara dia duduk
dalam van jenaazah agak sopan al maklumlah sebelahnya keranda dan dalam
suasana ayat al quran yang aku pasang di radio.
Dia mula bercerita, abang tahu tak, saya dan beberapa orang adik
beradik lain tidak tahu yang ayah saya sudah memeluk islam. Dan saya tak
sangka sangat mudah cara pengurusan maayat bagi orang islam. Aku
bagitahu la inilah keindahan umat islam.. kami akan memudahkan segalanya
bagi meneruskan proses kehidupan di alam akhirat nya nanti.
waris rwah juga membuka cerita berkaitan kos pengurusan maayat bagi
bangsa cina. Antara intipati yang aku boleh kongsikan ialah kos untuk
tanah pengebumian sahaja hampir 100k. Itu tidak termasuk kenduri yang
melibatkan kos untuk menyediakan makanan, kos orang sembahyang, kos
hendak membuat replika rumah, duit, kos keranda, kos pakaian si maati.
Memang beribu-ribu.

Aku bertanya bagaimana kalau yang tidak berkemampuan, dia menjawab
kebiasaan kami akan buat proses pembakaran maayat dan abunya kami simpan
dalam bekas seperti tin milo dan kami akan buang di laut. Kalau abunya
kami hendak simpan di kawasan perkuuburan, memang mahal kosnya sebabnya
kami perlu bayar kos lot yang berharga Rm30k. Bahkan setiap bulan kami
perlu membayar kos utiliti seperti kos pencucian kawasan simpanan abu.
Aku tanya lagi adakah kaum cina ada menyediakan satu dana khas bagi
menampung kos pengurusan maayat seumpama khairat kemaatian, dan mereka
menjawab “tiada”. semua kena tanggung sendiri.

Ayat last yang aku dengar jawapan brother ini, you tahu kan kami
orang yang berniaga sampaikan bab maayat kami terpaksa akur disebabkan
kaum dorang ambil untung besar dan niagakan dalam hal ehwal kemaatian
Aku tanyalah juga berkaitan kenapa kalau ada kemaatian di pagi raya
cina, kebanyakan mereka tidak membuat tuntutan maayat di hospital ya
walaupun yang maati itu adalah mak ayahnya. Jawapannya mudah sahaja,
sebab mana ada orang mahu uruskan, walapun dibayar dengan harga yang
tinggi , pihak pngurusan maayat non muslim tidak akan ambil sebab susah
hendak cari pihak yang sudi hadir seperti untuk upacara yang pelbagai.
So dorang akan tuntut maayat tersebut selepas 2 atau 3 hari kemudian
bahkan lebih lagi.
Setibanya kami sampai di tanah perkuuburan islam . Aku perhatikan
gelagat waris ini seumpama teruja dengan keindahan tanah perkuuburan
islam di USJ. Dorang menyebutkan seumpama macam dalam taman dengan
dekorasi yang sistematik dan juga kecantikan rumput karpet menghijau di
setiap tanah pusara.

Ketika mana jenaazah sudah di atas tebing liang lahad, kami meminta
wakil dari waris untuk masuk ke liang lahad bagi menyambut jenaazah
ayahnya. kami ajarkan seperti biasa seperi kaedah memegang jasad ayahnya
. Dan paling aku agak terharu di saat tangan anaknya yang non muslim
itu membuka setiap ikatan tali kafan dan kami memberikan bimbingan untuk
membuka helaian kain di bahagian wajah rwah dan si anak menurut setiap
arahan kami dan terakhir dia mengambil tanah yang ada dan di letakkan di
bahagian wajah rwah ayahnya.. lalu kami timbuskan liang lahad seperti
biasa.

Terdapat beberapa soalan yang dia tanya kenapa wajah mesti dibuka,
adakah si maati hendak bernafas. Dan mengapa perlu diletakkn tanah pada
wajahnya..kami jawablah sehabis baik untuk memberikan kefahaman kepada
mereka betapa indahnya Agama Islam ini.. Mereka juga ada bertanya boleh
ke dorang ingin meletakkan makanan di kuubur ayahnya seperti upacara
yang agama mereka biasa lalukan. kami pun menjawap, kami mudah sahaja,
kami takot makanan hilang sebab mungkin kami yang makan ..hehe

Image may contain: 3 people, people standing, outdoor and nature
Skuad Pengurusan Jenaazah – SPJ Malaysia