WOW !! Pembekal daging haiwan liar tergamam diserbu ATM

/RAMPASAN daging haiwan liar dilindungi dilakukan oleh pihak PERHILITAN di sebuah rumah di Lanchang , Pahang. | Pembekal daging haiwan liar...


/RAMPASAN daging haiwan liar dilindungi dilakukan oleh pihak PERHILITAN di sebuah rumah di Lanchang , Pahang. | Pembekal daging haiwan liar tergamam diserbu ATM


KUALA LUMPUR: Seorang pembekal daging haiwan liar secara haram tergamam apabila kediamannya di Lanchang, Pahang, diserbu beberapa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lengkap bersenjata senapang Colt M16A1.

Anggota ATM adalah sebahagian pasukan keselamatan yang menyertai Rangkaian Operasi Penguatkuasaan Biodiversiti 1Malaysia (1MBEON) bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) bagi membenteras kegiatan pemburuan haram dan penjualan haiwan dilindungi.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, Progam 1MBEON Siri 2/2018 itu dibantu pihak ATM susulan ancaman keselamatan nyawa terhadap pegawai PERHILITAN ketika bertugas sebelum ini.

Dalam operasi jam 1.30 petang, semalam, pegawai PERHILITAN bersama ATM bertindak menahan seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang mendiami rumah berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut kemudian menemui pelbagai daging hidupan liar yang disembunyi suspek di dalam beberapa peti sejuk di dalam kediamannya.

"Antara daging haiwan liar dilindungi ditemui adalah tenggiling, babi hutan dan labi-labi yang sudah siap dibungkus rapi.

"Turut ditemui bahagian hidupan liar disyaki tupai dan katak disimpan di dalam tiga peti sejuk milik suspek," katanya.

Kadir berkata, pihaknya bertindak merampas semua daging hidupan liar itu selain menyoal siasat suspek yang dipercayai bersekongkol dengan pemburu haram.

"Semua hidupan liar itu disita untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 710).

"Jika bersabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya," katanya, hari ini.

Sementara itu dalam operasi berasingan, pihak Perhilitan turut merampas 14 ekor burung Hwamei (Garrulax conorus) yang dimiliki secara haram seorang penjual haiwan peliharaan di Ipoh, Perak.

Kadir berkata, dalam pemeriksaan jam 10.30 pagi Selasa lalu, pihaknya mendapati lelaki berusia 40-an itu memilik semua burung dilindungi itu tanpa permit sah.

Menurutnya, peniaga itu kemudian ditahan untuk soal siasat sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh.

"Kesemua burung yang dirampas dibawa ke Pejabat PERHILITAN Ipoh untuk tindakan lanjut," katanya.

Sumber : BH Online
Nama

Artist,11,Cerita,19,Comel,8,Dalam Negara,32,Global,7,heboh,11,Hiburan,5,Indonesia,4,informasi,15,Islam,4,Jakmania,1,Kehebohan,10,kesihatan,12,Kisah Nyata,24,Live Streaming,1,Live Streaming JDT Johor vs Perak,1,Live Streaming Kedah vs Felda United,1,Persebaya,1,Pertengkaran,1,petua,32,Ramai,1,sedih,11,Semasa,23,Sports,3,Tips,8,tragedi,8,trending,37,Uniq,18,Vacation,1,viral,41,
ltr
item
Maklumat News Terkini: WOW !! Pembekal daging haiwan liar tergamam diserbu ATM
WOW !! Pembekal daging haiwan liar tergamam diserbu ATM
https://assets.bharian.com.my/images/articles/25DAGING1.transformed.jpg
Maklumat News Terkini
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/2018/03/wow-pembekal-daging-haiwan-liar.html
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/2018/03/wow-pembekal-daging-haiwan-liar.html
true
6648990585527153002
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy