Lelaki Mohon Cerai Kerana Tidak Tahan Isteri Hanya Mandi Setahun Sekali

Sewaktu bercinta, ramai merasakan bahawa mereka sudah masak dengan perangai pasangan masing-masing. Baik atau buruk, semuanya diterima deng...

Sewaktu bercinta, ramai merasakan bahawa mereka sudah masak dengan perangai pasangan masing-masing. Baik atau buruk, semuanya diterima dengan hati terbuka kerana tugas pasangan adalah untuk saling melengkapi.
Inilah yang berlaku kepada seorang lelaki di Taiwan yang merasakan bahawa dia sudah cukup kenal dengan perangai pasangannya namun terpaksa menceraikan wanita itu gara-gara tidak tahan dengan tabiat buruknya, lapor Nextshark.
gambar hiasan
Difahamkan, wanita yang dikenali sebagai Lin diceraikan oleh lelaki tersebut kerana tidak tahan dengan tabiat buruknya yang hanya mandi sekali dalam masa setahun! Selain itu, Lin juga didakwa memberus gigi atau membasuh rambutnya hanya ketika dia merasa perlu sahaja.
Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu membuat petisyen untuk menceraikan isterinya kerana tidak tahan dengan sikap wanita tersebut yang tidak menjaga kebersihan diri. Petisyen lelaki tersebut diluluskan oleh New Taipei City District setelah dia mendakwa mengalami penyeksaan psikologi gara-gara sikap pengotor Lin. Aduhai!
Sudah 13 tahun bersama, lelaki itu mengatakan bahawa dia tahu Lin hanya mandi sekali seminggu sewaktu mereka masih bercinta. Namun, perangainya bertambah buruk selepas mereka berkahwin dan Lin juga dikatakan turut menghalang mereka daripada mendapatkan zuriat kerana hanya melakukan hubungan seks sekali setahun.
gambar hiasa
Menurutnya lagi, Lin hanya mandi setiap kali masuk tahun baru di mana ianya mengambil masa selama tiga jam! Wanita itu juga seringkali mengunyah gula-gula getah dan memakai topi untuk menutup bau mulut serta rambutnya.
Dilarang bekerja oleh Lin sewaktu masih bersama, lelaki itu mendakwa dia dipaksa bergantung hidup kepada keluarga wanita tersebut untuk perbelanjaan harian.Lelaki itu akhirnya memutuskan untuk keluar dari rumah mereka dan mendapat kerja baru di Hsinchu.
Lelaki tersebut langsung tidak menghubungi Lin selepas itu tetapi wanita berkenaan berjaya menjumpai tempat kerjanya yang baru dan memaksanya berhenti kerja selepas sebulan.Tidak tahan dengan kelakuan isterinya, lelaki itu nekad untuk memfailkan cerai.
Lin menentang penceraian tersebut dan mengatakan bahawa segala tuduhan suaminya tidak benar sama sekali. Setelah dua tahun berpisah, pihak mahkamah memutuskan bahawa perkahwinan Lin dan suaminya tidak mungkin dapat dipulihkan lalu meluluskan penceraian si suami.

Nama

Artist,11,Cerita,19,Comel,8,Dalam Negara,32,Global,7,heboh,11,Hiburan,5,Indonesia,4,informasi,15,Islam,4,Jakmania,1,Kehebohan,10,kesihatan,12,Kisah Nyata,24,Live Streaming,1,Live Streaming JDT Johor vs Perak,1,Live Streaming Kedah vs Felda United,1,Persebaya,1,Pertengkaran,1,petua,32,Ramai,1,sedih,11,Semasa,23,Sports,3,Tips,8,tragedi,8,trending,37,Uniq,18,Vacation,1,viral,41,
ltr
item
Maklumat News Terkini: Lelaki Mohon Cerai Kerana Tidak Tahan Isteri Hanya Mandi Setahun Sekali
Lelaki Mohon Cerai Kerana Tidak Tahan Isteri Hanya Mandi Setahun Sekali
http://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/01/washing-hair-1024x576.jpg
Maklumat News Terkini
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/2018/01/lelaki-mohon-cerai-kerana-tidak-tahan.html
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/2018/01/lelaki-mohon-cerai-kerana-tidak-tahan.html
true
6648990585527153002
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy