Comel Gelagat Anjing dan Kucing Berkawan Baik Ini. Gambar No. 9 Paling Cute!

Jika disebut perumpamaan bagai anjing dengan kucing, pasti semua orang tahu maksudnya merujuk kepada dua orang yang suka bertengkar. Anjing ...

Jika disebut perumpamaan bagai anjing dengan kucing, pasti semua orang tahu maksudnya merujuk kepada dua orang yang suka bertengkar. Anjing dan kucing sememangnya tidak boleh duduk dekat antara satu sama lain. Namun, lain pula dengan anjing dan kucing ini yang tidak seperti anjing dan kucing lain pernah anda lihat.
Menurut The Dodo, baru-baru ini tular kisah seekor anjing bernama Henry dan seekor kucing dikenali sebagai Baloo yang bukan sahaja tidak bertengkar apabila bersua malah rapat bagaikan isi dengan kuku. Dah macam kawan baik!

Henry merupakan seekor anjing golden retriever milik Cynthia Bennet dan teman lelakinya. Cynthia memberitahu bahawa sewaktu dia mahu mengambil Henry menjadi anjing peliharaan, banyak lagi anjing lain di tempat tersebut namun mata mereka begitu tertarik kepada Henry.
“Kami tengok sekeliling dan Henry hanya duduk diam sahaja. Pemilik tempat tersebut memaklumkan bahawa Henry hanya berusia tiga bulan setengah tetapi badannya lima kali lebih besar daripada anak anjing lain,” kata Cynthia.
“Lepas tu Henry datang dan duduk di atas riba saya.”


Saat itu, Cynthia dan teman lelakinya yang merupakan hiker tegar memutuskan untuk mengambil Henry menjadi haiwan peliharaan mereka. Mereka berhijrah ke Colorado semata-mata agar dapat melakukan aktiviti luar pada hujung minggu.
Cynthia dan teman lelakinya gembira apabila mengetahui bahawa Henry juga gemarkan aktiviti yang sama seperti mereka sewaktu membawa anjing tersebut mendaki bersama di Colorado Springs.
“Dia (Henry) jumpa kawasan yang paling curam, batu yang paling tinggi dan selalu berlari ke puncak untuk tolong tengokkan mana hujungnya kepada kami,” cerita Cynthia lagi.

Beberapa bulan kemudian, pasangan tersebut teringin untuk memiliki haiwan peliharaan yang lain. Pada waktu inilah mereka mengambil Baloo, seekor kucing baka Siam yang dijumpai di sebuah pusat menyelamat haiwan. Sewaktu Baloo diperkenalkan kepada Henry, Baloo kelihatan begitu selesa dengan anjing tersebut. 

“Saya panggil mereka adik beradik, tapi saya rasa Baloo fikir Henry tu ibunya sebab dia selalu minta menyusu.”
Alahaaaaiii comelnyaaaa anjing dengan kucing ni! Kucing ni ingatkan dia tu anak anjing la tu!

sumber : http://lobakmerah.com


Nama

Artist,11,Cerita,19,Comel,8,Dalam Negara,32,Global,7,heboh,11,Hiburan,5,Indonesia,4,informasi,15,Islam,4,Jakmania,1,Kehebohan,10,kesihatan,12,Kisah Nyata,24,Live Streaming,1,Live Streaming JDT Johor vs Perak,1,Live Streaming Kedah vs Felda United,1,Persebaya,1,Pertengkaran,1,petua,32,Ramai,1,sedih,11,Semasa,23,Sports,3,Tips,8,tragedi,8,trending,37,Uniq,18,Vacation,1,viral,41,
ltr
item
Maklumat News Terkini: Comel Gelagat Anjing dan Kucing Berkawan Baik Ini. Gambar No. 9 Paling Cute!
Comel Gelagat Anjing dan Kucing Berkawan Baik Ini. Gambar No. 9 Paling Cute!
http://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/01/an3.jpg
Maklumat News Terkini
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/2018/01/comel-gelagat-anjing-dan-kucing.html
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/2018/01/comel-gelagat-anjing-dan-kucing.html
true
6648990585527153002
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy