Cara Wanita OKU Ini Berusaha Untuk Bantu Perniagaan Ibunya Menyentuh Hati Ramai

Terbatas pergerakan anggota badan mungkin dirasakan seperti suatu halangan untuk meneruskan hidup atau melakukan sebarang pekerjaan. Namun,...

Terbatas pergerakan anggota badan mungkin dirasakan seperti suatu halangan untuk meneruskan hidup atau melakukan sebarang pekerjaan. Namun, wanita berkelainan upaya ini membuktikan yang sebaliknya apabila keadaan fizikal langsung tidak menghalangnya untuk menerokai dunia luar.
Seperti orang lain yang sibuk dengan perkembangan teknologi dan media yang semakin canggih, wanita OKU berusia 33 tahun dikenali sebagai Nursamawati Mahmud ini juga tidak ketinggalan untuk menggunakan kemudahan internet yang ada, lapor The Star.

Oleh sebab pergerakan terhad yang dihadapinya, Nursamawati tidak menggunakan tangan atau kaki untuk mengakses maklumat di telefon bimbit atau komputer riba tetapi sebaliknya menggunakan lidah!
Bukan sahaja menggunakan telefon bimbitnya untuk mengakses laman sosial seperti Facebook dan Instagram, Nursamawati juga menggunakan kemudahan yang ada untuk mempromosikan produk kicap, sos dan cuka berjenama ‘Mahmudah’ yang diusahakan oleh ibunya semenjak sepuluh tahun lalu.

Menggunakan lidah untuk menaip perkataan dan mengakses maklumat pada telefon bimbit dan komputer riba, Nursamawati yang berasal daripada Kampung Gelong Gajah mengakui bahawa usaha dilakukan tidak sia-sia kerana permintaan produk semakin meningkat. Kini, lebih kurang 4000 botol terjual setiap bulan sejak tahun 2015. Waaah!
“Saya cuba fikirkan macam mana nak kembangkan perusahaan mak saya ini. Sebelum ini kicap, sos dan cuka yang mak buat dipasarkan di sekitar daerah Pendang dan Pokok Sena sahaja.”

Cara luar biasa Nursamawati ternyata menyentuh hati ramai yang rata-rata kagum dengan kesungguhan wanita ini. Ibu Nursamawati mengatakan bahawa anak sulung daripada lima beradik itu adalah seorang yang cekal dan tabah walaupun menyedari bahawa dirinya serba kekurangan.
Sikap tidak mudah mengalah Nursamawati juga membuatkan wanita dari Pendang, Kedah ini dijadikan inspirasi dan sentiasa dipuji oleh kenalan OKU lain yang tidak putus-putus mendorong usaha murninya.
“Saya bukan sahaja melayari laman sosial Facebook, Instagram dan WeChat untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan, namun untuk memperkenalkan produk keluaran keluarga kami bagi menambah pendapatan keluarga.”

“Saya wujudkan akaun saya dengan nama Kak Long Nursamawati untuk mengakses laman sosial. Pada mulanya rasa sakit lidah tapi lama kelamaan dah biasa dan semakin cepat saya menaip di papan kekunci dan memuat naik gambar sos dan kicap serta menerima tempahan.”
Terpaksa bergantung kepada ibu dan bapa untuk menguruskan dirinya seharian, Nursamawati mengalami kecacatan fizikal sejak berusia setahun sehingga menyebabkan tangan dan kakinya mengerekot dan tidak mampu bergerak.
sumber : lobakmerah.com

Nama

Artist,11,Cerita,19,Comel,8,Dalam Negara,32,Global,7,heboh,11,Hiburan,5,Indonesia,4,informasi,15,Islam,4,Jakmania,1,Kehebohan,10,kesihatan,12,Kisah Nyata,24,Live Streaming,1,Live Streaming JDT Johor vs Perak,1,Live Streaming Kedah vs Felda United,1,Persebaya,1,Pertengkaran,1,petua,32,Ramai,1,sedih,11,Semasa,23,Sports,3,Tips,8,tragedi,8,trending,37,Uniq,18,Vacation,1,viral,41,
ltr
item
Maklumat News Terkini: Cara Wanita OKU Ini Berusaha Untuk Bantu Perniagaan Ibunya Menyentuh Hati Ramai
Cara Wanita OKU Ini Berusaha Untuk Bantu Perniagaan Ibunya Menyentuh Hati Ramai
http://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/01/l1.png
Maklumat News Terkini
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/2018/01/cara-wanita-oku-ini-berusaha-untuk.html
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/2018/01/cara-wanita-oku-ini-berusaha-untuk.html
true
6648990585527153002
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy