Wow! Remaja Nyaris Remaja Nyaris Buta Selepas Warnakan Bulu Mata dan Kening

Seorang remaja perempuan kelihatan seperti katak hijau dan nyaris buta selepas mewarnakan bulu mata dan bulu keningnya. Tylah Durie, 16...

Seorang remaja perempuan kelihatan seperti katak hijau dan nyaris buta selepas mewarnakan bulu mata dan bulu keningnya.
Tylah Durie, 16, menyedari keningnya mula terasa gatal dan terbakar selepas 30 minit menggunakan produk 1,000 Hour’s Eyelash dan Brow Dye Kit.
“Bila saya bangun, mata saya terasa seperti nak meletup. Saya menangis dan menjerit. Mata terasa seperti dimasukkan dengan pasir pantai yang tidak dapat dikeluarkan dan kening terasa sakit seperti ditoreh dengan pisau.
“Mata saya bengkak teruk, penglihatan juga terhad dan saya hanya mampu menangis sahaja pada waktu itu,” katanya.
Difahamkan, Tylah tidak menyedari bahawa dia mempunyai alahan terhadap bahan kimia yang terkandung dalam produk pewarna tersebut iaitu Paraphenylenediamine (PPD), malah dia tidak melakukan ujian tampalan terlebih dahulu.
Lapor Daily Mail, mangsa mengalami kebakaran bahan kimia pada bebola mata dan jika masih terus menggunakan produk yang sama, pasti akan menyebabkan mangsa meninggal dunia. .

Menurut Tylah, sebelum itu dia hanya mahu menggelapkan lagi bulu mata dan bulu keningnya. Kini Tylah memberi amaran kepada yang orang ramai agar tidak mengulangi kesilapannya itu.“Saya dimasukkan ke hospital dan terkejut bila doktor mengatakan saya mempunyai alahan yang sangat luar biasa dan boleh menyebabkan buta selama-lamanya. Saya melalui satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan hanya kerana mewarnakan bulu mata dan bulu kening. Saya takkan guna sebarang pewarna rambut pada diri saya lagi,” katanya.
“Bila saya menggunakan produk itu pada bulu mata dan bulu kening, saya tidak mengalami sebarang masalah. Saya tunggu 10 minit, kemudian bilas.. Hasilnya, wajah saya kelihatan cantik dan benar-benar memuaskan hati.
“Tetapi disebabkan saya tidak melakukan ujian tampalan (patch), 30 minit kemudian kulit di sekitar mata saya terasa gatal.
“Dalam keluarga saya, tiada seorang pun yang pernah buat ujian tampalan itu. Jadi saya fikir semuanya akan selamat. Lagipun sbeelum ini saya pernah mewarnakan rambut tetapi produk pewarna itu tidak mengandungi bahan PPD.
“Saya sangat terkejut, menangis dan benar-benar tertekan. Saya takut saya hilang penglihatan saya pada usia yang muda.

“Namun keesokan harinya, pakar Optometris memaklumkan saya bernasib baik dan tidak akan buta. Sekarang saya hanya perlu datang dengan kerap bagi tujuan pemantauan kesan kerosakan pada mata,” katanya.
Sejak dari kejadian itu. Tylah bersumpah dia tidak akan menggunakan sebarang bentuk produk pewarna rambut lagi dan menggesa semua pengguna melakukan ujian tampalan dulu sebelum menggunakannya.
Nama

Artist,11,Cerita,19,Comel,8,Dalam Negara,32,Global,7,heboh,11,Hiburan,5,Indonesia,4,informasi,15,Islam,4,Jakmania,1,Kehebohan,10,kesihatan,12,Kisah Nyata,24,Live Streaming,1,Live Streaming JDT Johor vs Perak,1,Live Streaming Kedah vs Felda United,1,Persebaya,1,Pertengkaran,1,petua,32,Ramai,1,sedih,11,Semasa,23,Sports,3,Tips,8,tragedi,8,trending,37,Uniq,18,Vacation,1,viral,41,
ltr
item
Maklumat News Terkini: Wow! Remaja Nyaris Remaja Nyaris Buta Selepas Warnakan Bulu Mata dan Kening
Wow! Remaja Nyaris Remaja Nyaris Buta Selepas Warnakan Bulu Mata dan Kening
http://getaviral.com/wp-content/uploads/2017/11/1-6.png
Maklumat News Terkini
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/2017/11/wow-remaja-nyaris-remaja-nyaris-buta.html
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/2017/11/wow-remaja-nyaris-remaja-nyaris-buta.html
true
6648990585527153002
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy