Asal Kucing Jalanan, Kini Labun Miliki Kad Matrik Dan Ikuti Kuliah Di UIA

SETAHUN lalu, gelagat seekor kucing yang tekun mendengar butir bicara pensyarah dirakam di satu sesi pengajaran dan pembelajaran di Un...


SETAHUN lalu, gelagat seekor kucing yang tekun mendengar butir bicara pensyarah dirakam di satu sesi pengajaran dan pembelajaran di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Biarpun pada mulanya si comel itu dilihat seakan-akan bersemangat untuk mendengar kuliah, namun ia alhasil tertidur di atas meja.

Gambar-gambar itu dimuat naik ke akaun Twitter oleh seorang pelajar, dan ia tiba-tiba menjadi tular sehingga mendapat liputan portal gaya hidup terbesar di dunia, Buzzfeed.

Berkesempatan bertemu si comel itu baru-baru ini, tidak boleh dinafikan kucing yang diberi nama Labun ini sangat bertuah.

Berstatus kucing jalanan, kebajikan Labun kini dijaga dengan cukup baik oleh kesemua 'ibu-ibu'nya.

Labun bukan sahaja dijaga empat orang pensyarah, malah turut mendapat kerjasama para pelajar dan petugas pembersihan di bangunan fakulti Kuliyyah of ICT yang sudah menjadi kediaman Labun selama lima tahun.


"Empat orang mommy inilah yang akan bergilir-gilir membelikan makanan untuk Labun.

"Para pelajar juga ramai yang tidak lokek memberikannya makan dan permainan, malah mereka juga rajin melayan Labun bermain," kata Prof Dr Norsaremah Salleh, salah seorang penjaga Labun.

Bercerita lanjut perihal kehadiran Labun ke fakulti itu, Prof Norsaremah memberitahu Labun ditemui berkeliaran di sekitar daerah berkenaan kira-kira lima tahun lalu.

"Masa tu Labun masih seekor kitten dan sangat manja. Mungkin dibuang ke sini, karena tak pernah pula terserempak dengan ibunya.

"Kasihan melihat keadaannya, saya ambil keputusan untuk menjaganya. Tapi saya tidak berseorangan kerana turut dibantu rakan-rakan pensyarah yang lain," ceritanya.

Prof Norsaremah bersyukur kerana hasrat mereka untuk menunjukkan kehidupan terbaik kepada Labun dipermudahkan apabila mendapat sokongan dan dukungan daripada anggota fakulti yang lain, termasuklah Dekan.

Menariknya, Labun juga memiliki kad matrik sendiri yang dipakaikan sebagai tanda pengenalan haiwan peliharaan fakulti tersebut.

"Pekerja pembersihan juga banyak membantu. Contoh pada hari cuti umum, mereka akan membantu tengok-tengokkan Labun kerana kampus akan lengang pada waktu itu," ujarnya.

Prof Norsaremah juga melihat kehadiran Labun bukan sekadar satu bentuk hiburan tetapi juga sebagai satu cara memupuk rasa sayang dan simpati para pelajar terhadap haiwan.

"Melalui Labun, pelajar akan lebih menghargai haiwan dan dapat berguru nilai-nilai murni serta kasih sayang," katanya. - Astro Awani

Nama

Artist,11,Cerita,19,Comel,8,Dalam Negara,32,Global,7,heboh,11,Hiburan,5,Indonesia,4,informasi,15,Islam,4,Jakmania,1,Kehebohan,10,kesihatan,12,Kisah Nyata,24,Live Streaming,1,Live Streaming JDT Johor vs Perak,1,Live Streaming Kedah vs Felda United,1,Persebaya,1,Pertengkaran,1,petua,32,Ramai,1,sedih,11,Semasa,23,Sports,3,Tips,8,tragedi,8,trending,37,Uniq,18,Vacation,1,viral,41,
ltr
item
Maklumat News Terkini: Asal Kucing Jalanan, Kini Labun Miliki Kad Matrik Dan Ikuti Kuliah Di UIA
Asal Kucing Jalanan, Kini Labun Miliki Kad Matrik Dan Ikuti Kuliah Di UIA
https://1.bp.blogspot.com/-N9Xf0Qm8tfs/WeveenPHXwI/AAAAAAAAlYY/4NwOGPBmoWQz-W3blgAz5_1-sgi3NrQXACLcBGAs/s1600/41508564352_Kucing.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-N9Xf0Qm8tfs/WeveenPHXwI/AAAAAAAAlYY/4NwOGPBmoWQz-W3blgAz5_1-sgi3NrQXACLcBGAs/s72-c/41508564352_Kucing.jpg
Maklumat News Terkini
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/2017/09/asal-kucing-jalanan-kini-labun-miliki.html
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/
http://kegemaranmaklumat.blogspot.com/2017/09/asal-kucing-jalanan-kini-labun-miliki.html
true
6648990585527153002
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy